Saturday, April 6, 2013

Era Awal Kemunculan Mazhab Fiqh Islam


Mazhab-mazhab fiqh Islam yang empat iaitu Maliki, Hanafi, Shafi‘e dan Hanbali hanya muncul dan lahir secara jelas pada era pemerintahan Dinasti Abbasid, iaitu sejak kurun ke 2H/8M. Sejarah kemunculan dan perkembangannya boleh dilihat dalam 4 peringkat, iaitu:

1. Pada era Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan para Khalifah al-Rashidun yang empat.
2. Pada era Pemerintahan Dinasti Umayyad dan Abbasid di mana pada ketika inilah mazhab-mazhab Islam mula muncul dan berkembang.
3. Pada era kejatuhan Islam, iaitu mulai kurun ke 4H/10M di mana mazhab-mazhab Islam tidak lagi berperanan sebagai sumber ilmu kepada umat tetapi hanya tinggal sebagai sesuatu yang diikuti dan diterima secara mutlak.
4. Era kebangkitan semula Islam dan ilmu-ilmunya sama ada dalam konteks mazhab atau ijtihad ulama’ mutakhir.

Era Pertama
Era ini bermula sejak diutusnya Muhammad ibn Abdillah menjadi seorang Rasul Allah dan mengembangkan agama tauhid yang baru, iaitu Islam. Pada ketika ini sumber syari‘at adalah penurunan wahyu berupa al-Qur’an al-Karim dan tunjuk ajar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Al-Qur’an diturunkan secara berperingkat-peringkat bertujuan memudahkan umat menerima dan belajar secara bertahap.

Kemudahan mereka mempelajari Islam disokong oleh kehadiran Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang bertindak sebagai guru. Ini sebagaimana dikhabarkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala di dalam al-Qur’an:

(Sebagaimana) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmah kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui. 
[al-Baqarah 2:151]

Di samping itu sumber syari‘at kedua adalah juga merupakan pengajaran Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang kini kita terima sebagai Hadis. Hadis beliau adalah juga merupakan wahyu Allah Subhanahu wa Ta‘ala, sebagaimana firman-Nya:

Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. 
[al-Najm 53:3-4]

Perbuatan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam konteks keagamaan juga merupakan salah satu bentuk tunjuk ajar wahyu Allah Subhanahu wa Ta‘ala, sebagaimana firman-Nya:

Aku tidak melakukan sesuatu melainkan menurut apa yang diwahyukan kepadaku. 
[al-Ahqaf 46:09]

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga bertindak sebagai seorang guru agama yang membetulkan apa-apa perbuatan umat pada ketika itu yang salah atau kurang baik walaupun beliau pada asalnya tidak ditanya akan hal tersebut. Contohnya ialah kisah yang diberitakan oleh seorang sahabat, Abu Hurairah radhiallahu ‘anh: Aku bertemu dengan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam di salah satu jalan di Madinah, sedangkan aku dalam keadaan berjunub. Maka aku menyelinap iaitu mengelakkan diri dari bertemu dengan Rasulullah dan pergi untuk mandi sehingga Rasulullah mencari-cari aku.

Ketika aku datang kembali, baginda pun bertanya: “Ke mana kamu pergi wahai Abu Hurairah ?” Aku menjawab: “Wahai Rasulullah! Engkau ingin menemuiku sedangkan aku dalam keadaan berjunub. Aku merasa tidak selesa duduk bersama kamu sebelum aku mandi.”

Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Maha Suci Allah! Sesungguhnya orang mukmin itu tidak najis.”

Daripada keterangan di atas, dapat kita simpulkan bahawa sumber syari‘at atau fiqh Islam pada era pertama ini hanyalah apa yang bersumber daripada ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yakni ajaran, perbuatan dan persetujuan beliau. Pada ketika ini fiqh Islam mudah dipelajari dan sebarang kemusykilan mudah terjawab dengan hadirnya seorang Rasul yang mengajar terus berdasarkan wahyu Allah ‘Azza wa Jalla.

Selepas kewafatan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pada tahun 10H/622M, para Khalifah al-Rashidun iaitu Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khaththab, ‘Utsman bin ‘Affan dan ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhum mengambil-alih sebagai pemimpin agama dan negara. Islam dan segala ajaran syari‘atnya telahpun lengkap dengan kewafatan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Para Khalifah al-Rashidun meneruskan tradisi pimpinan dan pengajaran Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, iaitu berlandaskan kepada ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah. Hanya wujud satu perbezaan yang besar pada ketika ini, iaitu wahyu tidak lagi diturunkan.

Dalam era empat khalifah ini, sempadan-sempadan Islam sudah mula meluas ke arah wilayah-wilayah yang baru. Dengan pembukaan ini, para khalifah Islam sekali-sekala terpaksa berhadapan dengan persoalan-persoalan yang belum pernah dihadapi sebelum ini yang melibatkan hal-hal muamalah seperti ekonomi, hartanah dan sebagainya. Bagi mencari jalan penyelesaiannya, para khalifah akan duduk berbicara dengan para sahabat (Shura) bagi memperoleh satu jawapan majoriti yang paling dekat dengan ketentuan al-Qur'an dan al-Sunnah.

Ibn Hazm (456H) rahimahullah meriwayatkan dari Maimun bin Mehram, kata beliau:

Abu Bakar al-Siddiq, apabila datang orang-orang yang berperkara kepadanya, beliau akan mencari hukumnya dalam Kitabullah (al-Qur'an), maka beliaupun memutuskan perkara itu dengan ketetapan al-Qur'an. Jika tidak ada dalam al-Qur'an dan beliau mengetahui sunnah Rasulullah dalam perkara itu, maka beliaupun memutuskan perkara itu dengan ia. Jika tidak ada sunnah pada perkara itu, beliaupun akan bertanya kepada para sahabat.


Abu Bakar akan berkata: “Telah datang kepadaku suatu perkara, maka adakah kalian mengetahui hukum yang Rasulullah berikan terhadapnya ?” Kadang-kadang berkumpullah beberapa orang sahabat di hadapannya memberitahu apa yang pernah diputuskan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Dan jika Abu Bakar masih tidak menemui sesuatu sunnah Rasulullah dari orang-orang yang ditanyakan itu, maka beliau akan mengumpulkan tokoh-tokoh sahabat dalam majlis Shura lalu bertanyakan pendapat mereka. Dan jika pendapat mereka bersatu atas yang satu (semua setuju) iaitu ijma' , maka beliaupun akan memutuskan atas ketentuan hasil ijma' itu.

Dan Umar al-Khaththab berbuat demikian juga.

Pada ketika ini, para sahabat kebanyakannya masih berada di sekitar Kota Madinah. Oleh itu tidaklah menjadi kesukaran untuk berbincang sesama mereka. Faktor ini memudahkan fiqh Islam berjalan dengan lancar dan selari tanpa wujud apa-apa mazhab atau jalan pandangan yang lain. Suasana fiqh Islam berada dalam keadaan yang tulen, penuh keseragaman dan bersatu sebagaimana yang wujud sebelum ini hasil kefahaman dan konsep saling bertolak ansur yang wujud di kalangan para sahabat dan pemimpin mereka.

Dalam era ini, tidak wujud sebarang mazhab melainkan apa yang disyari‘atkan oleh al-Qur’an, diajar oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan ijma’ para Khalifah serta sahabat radhiallahu ‘anhum.



Sumber : Pedoman Bermazhab : Kapten Hafiz Firdaus

“Mazhab” dan “Imam”



Sejarah kemunculan mazhab-mazhab fiqh Islam perlu didasari dengan memahami maksud perkataan “Mazhab” dan “Imam” itu sendiri.

Mazhab (مذهب) dari sudut bahasa bererti “jalan” atau “the way of”. Dalam Islam, istilah mazhab secara umumnya digunakan untuk dua tujuan:

    1.      Dari sudut akidah dan 2. Dari sudut fiqh.

Mazhab akidah ialah apa yang bersangkut-paut dengan soal keimanan, tauhid, qadar dan qada’, hal ghaib, kerasulan dan sebagainya. Antara contoh mazhab-mazhab akidah Islam ialah Mazhab Syi‘ah, Mazhab Khawarij, Mazhab Mu’tazilah dan Mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah. Setiap daripada kumpulan mazhab akidah ini mempunyai mazhab-mazhab fiqhnya yang tersendiri. Mazhab fiqh ialah apa yang berkaitan dengan soal hukum-hakam, halal-haram dan sebagainya. Contoh Mazhab fiqh bagi Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah ialah Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab al-Syafi‘e dan Mazhab Hanbali.[1]

Mazhab fiqh pula, sebagaimana terang Huzaemah Tahido, bererti:

Jalan fikiran, fahaman dan pendapat yang ditempoh oleh seorang mujtahid dalam menetapkan suatu hukum Islam dari sumber al-Qur’an dan al-Sunnah. Ianya juga bererti sejumlah fatwa atau pendapat-pendapat seorang alim besar yang bergelar Imam dalam urusan agama, baik dalam masalah ibadah ataupun lainnya.[2]

Contoh imam mazhab ialah Abu Hanifah, Malik bin Anas, al-Syafi‘e dan Ahmad bin Hanbal. Pengertian mazhab ini kemudiannya beralih menjadi satu kumpulan ajaran fiqh Islam yang diikuti dan diterima oleh satu-satu kumpulan umat Islam dalam sesebuah wilayah atau negara. Ianya menjadi sumber rujukan dan pegangan yang diiktiraf sebagai ganti atau alternatif kepada ikutan, ijtihad dan analisa terhadap ajaran asli al-Qur’an dan al-Sunnah.

Perkataan “Imam” dari sudut bahasa bererti “teladan” atau “pemimpin.” Dalam Islam, perkataan “Imam” memiliki beberapa maksud selari dengan konteks penggunaannya, iaitu:

1.  Imam sebagai pemimpin solat berjamaah.
2.  Imam sebagai pemimpin atau ketua komuniti orang-orang Islam.
3. Imam sebagai tanda kelebihan kedudukan ilmunya, sehingga dijadikan sumber pembelajaran dan rujukanilmu agama. Contohnya ialah Imam Abu Hanifah, Imam Malik bin Anas dan sebagainya. Walaupun mereka dijadikan sumber rujukan ilmu, autoriti mereka hanyalah terhad kepada apa yang tertera dalam al-Qur'an dan al-Sunnah.
4.  Imam sebagai wakil Allah dan pemimpin umat serta penentu zaman. Imam sebegini hanya khusus bagi Mazhab Syi‘ah. Imam-imam ini bukan sahaja dijadikan rujukan syari‘at tetapi juga memiliki autoriti dalam menetapkan sesuatu yang berkaitan dengan syari‘at tanpa terhad kepada al-Qur’an dan al-Sunnah.[3]

[1] Ensiklopidi Islam (ed: Hafidz Dasuki; PT Ichtiar Baru van Hoeve, Jakarta, 1994) – ‘Mazhab’.

[2] Huzaemah Tahido – Penghantar Perbandingan Mazhab (Logos Wacana Ilmu; Jakarta, 1997), ms. 71-72.
[3] Syi‘ah memiliki sejumlah dalil daripada al-Qur’an dan al-Sunnah bagi membenarkan mazhab mereka tersebut. Penulis dalam rangka mengusahakan sebuah buku yang khusus dalam menjawab hujah-hujah mereka yang insya-Allah akan disiapkan dengan judul: Jawapan Ahl al-Sunnah kepada Syi‘ah al-Rafidhah dalam persoalan al-Imamah.

Sumber : Pedoman Bermazhab : Kapten Hafiz Firdaus

Sunday, March 17, 2013

Dr. Rowan Williams : Islamisasikan UK!


Pelik lagi menghairankan. Apabila non-muslim malah memegang jawatan KETUA paderi yang juga pemimpin tertinggi Gereja Anglickan Britain, Dr Rowan Williams dalam satu syarahan terbuka kepada pemimpin gereja di Royal Court of Justice, London pada 7 Februari lalu menyatakan sebahagian undang-undang syariah boleh disesuaikan dalam sistem undang-undang Britain pada masa akan datang tidak dapat dielakkan. Pandangan pemimpin gereja itu dikritik hebat. Namun, ketua paderi itu dengan tegas mempertahankan pendapatnya. Kenyataan beliau mendapat liputan media meluas di seluruh dunia, termasukkah media Malaysia?
Ketua paderi itu berani membuat kenyataan terbuka walaupun menyedari risiko besar mengenai kedudukan jawatannya. Kita percaya ketua paderi itu membuat kenyataan berani kerana beliau sudah membuat kajian teliti kelebihan undang-undang syariah yang mampu menjadikan kehidupan manusia lebih bertamadun. Persoalannya, mengapa beliau begitu berani? Adakah beliau benar-benar berminat dengan Islam dan dunia muslim?

Buku The Call to Islam karangan ahli sejarah Britsh, Thomas Arnold menyatakan kehadiran Islam di tengah masyarakat Arab pada suasana jahiliah bukan sekadar menggantikan budaya tradisi masyarakat Arab yang liar, tetapi membawa revolusi yang utuh dan sempurna bagi mewujudkan kehidupan kemanusiaan sempurna.

Pandangan tokoh cendekiawan Barat mengesahkan penjelasan al-Quran bahawa sesungguhnya Islam adalah agama yang benar dan sempurna, dan pada diri Muhammad itu suri teladan yang baik untuk diikuti manusia.
Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.”
(Surah ali-Imran, ayat 19)

Firman Allah lagi yang bermaksud:

“Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah.”
(Surah al-Ahzab, ayat 21)

Penghayatan akhlak Rasulullah SAW adalah berlandaskan al-Quran dan menjadi sumber untuk menjadikan ummah lebih bertamadun. Tamadun amnya bermaksud mencapai kemajuan dalam kehidupan dengan menghayati sifat mulia serta bertanggungjawab kepada Allah di dunia dan akhirat. Rasulullah SAW menterjemahkan pengajaran al-Quran melalui sunnahnya. Sunnah atau hadis itu menjadi sumber rujukan kedua umat Islam selepas al-Quran. Sunnah itu merangkumi perbuatan, ucapan dan pengakuan Rasulullah SAW ketika menjelaskan dasar dan pelaksanaan meliputi pelbagai isu berkaitan kehidupan manusia.

Allah menegaskan bahawa Rasulullah SAW menjelaskan ajaran Islam bukanlah dengan mengikut hawa nafsu atau pendapatnya sendiri, tetapi berlandaskan panduan wahyu.
Kekuatan sunnah Rasulullah SAW terletak pada dakwah bilhal (dakwah melalui keindahan peribadi dan tingkah laku) yang menjadi penggerak utama dan paling berkesan ketika berdakwah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji.”
(Riwayat Ahmad dan Baihaqi)

Gerakan dakwah bilhal inilah menghasilkan revolusi aqidah, sosial dan politik dalam masyarakat Arab jahiliah. Bagaimanapun, revolusi akidah menjadi unsur penting menjadikan ummah lebih bertamadun kerana mengikat umatnya bertanggungjawab kepada Allah di dunia dan akhirat. Kejayaan Rasulullah SAW mengubah keseluruhan reka bentuk akidah jahiliah kepada akidah yang sahih dalam masyarakat Quraisy tanpa menggunakan kekuatan senjata dalam masa 13 tahun adalah satu keajaiban.

Berdasarkan analisis, teknik yang digunakan Rasulullah SAW ialah menggunakan pendekatan membina insan, pemikiran dan disertai dengan akhlak yang hebat. Ketika ini ada persaingan sengit antara Islam dengan pemikiran orientalis dalam percaturan mengubah reka bentuk tamadun dunia. Tamadun Barat lebih menekankan pencapaian kemajuan kebendaan dengan bebas tanpa ada hukum halal dan haram. Peranan Tuhan dalam kehidupan mereka semakin dipinggirkan. Sebaliknya, lebih mempercayai kepada ahli falsafah atau orientalis berbanding pegangan kitab suci mereka.

Berdasarkan pemerhatian, walaupun Rasulullah SAW wafat pada 1429 Hijrah, tetapi pengaruh Baginda digeruni dan menghantui banyak pihak. Musuh Islam terus mengadakan kempen memburuk-burukkan Rasulullah SAW tanpa henti yang kelihatan mereka hilang kewarasan. Bagi umat Islam kesegaran amalan sunnah dalam kehidupan memberi gambaran seolah-olah Rasulullah SAW masih hidup segar, terus memberi inspirasi kepada penegak Islam memperhebatkan tamadun manusia sejagat.

Ketika ini Barat memperkenalkan pelbagai konsep ideologi global seperti kapitalisme, komunisme, sosialisme, sekularisme, modenisme, liberalisme, pluralisme dan Islam Liberal yang semuanya cenderung ke arah menyeru manusia supaya menyisihkan Tuhan. Sebahagian ideologi sesat ini yang muncul silih berganti sudah usang dan pupus ditelan zaman. Bagaimanapun, prinsip tamadun Islam terus kekal segar dalam keasliannya. Inilah kehebatan agama dan aqidah yang sahih. Pada dasarnya pertembungan tamadun Islam dalam pelbagai aspek kehidupan dengan tamadun lain memang tidak dapat dielakkan. Pertembungan itu adalah kesinambungan pertembungan Nabi Adam AS dengan iblis.

Nabi Adam AS mewakili kumpulan penganut agama sahih. Manakala Iblis pula mewakili puak yang menentang syariat Allah dan puak yang menyisihkan Tuhan. Hakikatnya, proses mentamadunkan ummah lebih cepat dan menjadi realiti apabila wujud persefahaman antara ketua organisasi dengan orang bawahan. Jika tindak tanduk pemimpin sendiri tidak bertamadun, dan gagal menghayati nilai peradaban yang murni, maka matlamat melahirkan umat bertamadun kurang berjaya.

Dengan demikian setiap pemimpin, ketua masyarakat, ketua keluarga, dan ibu bapa hendaklah mempamerkan gaya hidup bertamadun untuk dijadikan ikutan orang bawahan atau orang yang dipimpinnya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya ( selagi kamu berpegang teguh kedua-duanya) iaitu kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya.”
(Hadis riwayat Muslim).
Kini jelas non-muslim dengan sendirinya membela sistem Islam, setelah mencuba pelbagai isme yang digambarkan cantik dan sempurna, Mr. Perfect! walhal semua isme yang dicipta manusia pasti mempunyai kelemahan. Akhirnya dikaji sistem Islam, sistem Rahmatan lil alamin yang pasti menyuburkan setiap hati yang mengamalkannya, malah mengharmonikan negara yang menggunakanya. Dr. Rowan William, terima kasih kerana anda berkata benar!

Wallahua’lam.

Greenwich Pusat Bumi PALSU?


Dari zaman persekolahan sehingga ke alam dewasa, sistem pendidikan di Malaysia mengajar kepada rakyatnya bahawa titik tengah Bumi adalah di Greenwich, merujuk kepada masa solar yang diterima pakai sebagai standard global time atau Greenwich Mean Time (GMT). Hal ini adalah hasil pengkajian yang mendalam oleh ahli-ahli yang kononnya pakar dalam bidang mereka. Walhal, ternyata pusat Bumi bukan di Greenwich, malah Mekah adalah pusat bumi yang sebenar! Siapa yang membuktikannya? Neil Amstrong, angkasawan yang tersohor telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi!


Kaabah, rumah Allah bagi lebih sejuta umat muslim yang berkunjung dan menjadi tetamu – tetamu Allah, Sang Maha Pencipta. Kiblatnya arah bagi umat muslim dalam melaksanakan solat, dari mana-mana negara semua ibadah solat menghadap ke kiblat yang satu  ini. Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, manusia sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung di dalam ayat-ayat suci Al-Quran.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

“Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.”
 (Surah Ma’idah: 97)


Di antara kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah, Pusat Bumi adalah..

Firman Allah yang bermaksud:

“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).”
(asy-Syura: 7)

Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.

Istilah Ka’bah adalah bahasa al quran dari kata “ka’bu” yg bererti “mata kaki” atau tempat kaki berputar bergerak untuk melangkah. Surah al-Maidah  ayat 6 dalam Al-quran menjelaskan istilah itu dengan  “Ka’bain” yg bererti ‘dua mata kaki’ dan Surah al-Maidah ayat 95-96 mengandungi istilah ‘ka’bah’ yang ertinya nyata “mata bumi” atau “sumbu bumi” atau kutub pusingan utara bumi. Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.


Allah berfirman lagi yang bermaksud :
“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).”
(ar-Rahman: 33)

Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter. Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lapisan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.

Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.

Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya :

“Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”

Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. – (Dipetik dari Era Muslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)

Menarik bukan?Baik,  kita kembali pada Neil Amstrong dan fakta kajian saintifik.


Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat kepada planet Bumi. Fakta ini juga telah diteliti melalui sebuah penelitian ilmiah. Sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan Kaabah adalah pusat bumi ini. Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di kawasan yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?”

Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan laman web tersebut. Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil gambar planet Marikh, radiasi tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.


Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu kawasan yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub . Itulah sebabnya kenapa jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravity, dengan izin Allah S.W.T. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga yang maha takjub yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Prof. Hussain Kamel menemukan suatu fakta mengejutkan bahawa Mekah adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia. Untuk tujuan ini, ia menarik garis-garis di atas peta, dan sesudah itu ia mengamati dengan teliti kedudukan ketujuh benua terhadap Mekah dan jarak masing-masing. Ia mula untuk menggambarkan garis-garis sejajar hanya untuk  memudahkan unjuran garis bujur dan garis lintang . Ia kagum dengan apa yang ditemukan, bahawa Mekah merupakan pusat bumi atau dunia. (Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos, 1978).

Kemudian lagi, peristiwa yang berlaku setiap tahun iaitu fenomena Istiwa Matahari di Atas Kaabah


Gambar-gambar Satelit, yang muncul kemudian pada tahun 90-an, menekankan hasil yang sama ketika kajian-kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu daratan itu diciptakan. Telah menjadi teori yang mapan secara ilmiah bahawa lapisan-lapisan bumi terbentuk selama usia geologi yang panjang, bergerak secara teratur di sekitar tanah Arab. Lapisan ini terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke Makkah. Kajian ilmiah ini dilaksanakan untuk tujuan yang berbeza, bukan dimaksud untuk membuktikan bahwa Makkah adalah pusat dari bumi. Bagaimanapun, kajian ini diterbitkan di dalam banyak majalah sains di Barat.

Allah berfirman di dalam al-Quran al-Karim sebagai berikut:

‘Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya ..’ (Asy-Syura: 7)

Kata ‘Ummul Qura’ berarti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya menunjukkan Makkah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai erti yang penting di dalam kultur Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Makkah juga merupakan sumber dari semua negeri lain, sebagaimana dijelaskan pada awal kajian ini. Selain itu, kata ‘ibu’ memberi Makkah keunggulan di atas semua kota lain.

Mekah atau Greenwich? Persoalan ini pasti bermain bagi orang yang tidak tahu akan kebenaran. Namun, bagi orang yang mengkaji dan menelaah, mereka dengan tanpa keraguan menyatakan Mekah adalah pusat Bumi.

Berdasarkan pertimbangan yang saksama bahwa Mekah berada tengah-tengah bumi sebagaimana yang dikuatkan oleh kajian-kajian dan gambar-gambar geologi yang dihasilkan satelit, maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Makkah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. Hal ini akan mengakhiri kontroversi lama yang bermula empat dekad yang lalu. Ada banyak perbalahan ilmiah untuk membuktikan bahawa Mekah merupakan wilayah kosong bujur sangkar yang melalui kota suci tersebut, dan ia tidak melewati Greenwich di Britain. GMT dipaksakan pada dunia ketika majoriti negeri di dunia berada di bawah jajahan Inggeris. Jika waktu Mekah yang diterapkan, maka mudah bagi setiap orang untuk mengetahui waktu solat.

Mekah adalah pusat dari lapisan-lapisan langit

Selain itu ada hadis yang mengatakan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat Ka’bah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh bumi (maksudnya tujuh lapisan yang membentuk bumi). Ada beberapa ayat dan hadits nabawi yang menyiratkan fakta ini. Allah berfirman,

‘Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.’
(Ar-Rahman: 33)

Kata aqthar adalah bentuk jamak dari kata ‘qutr’ yang bererti dia, dan ia merujuk pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter. Dari ayat ini dan dari beberapa hadis dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lapisan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, maka itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.

Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.

“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.”
(Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)

“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.”
(HR. Thabrani)

Wallahua’lam.