Dari zaman persekolahan
sehingga ke alam dewasa, sistem pendidikan di Malaysia mengajar kepada rakyatnya
bahawa titik tengah Bumi adalah di Greenwich,
merujuk kepada masa solar yang diterima pakai sebagai standard global time atau Greenwich
Mean Time (GMT). Hal ini adalah hasil pengkajian yang mendalam oleh
ahli-ahli yang kononnya pakar dalam bidang mereka. Walhal, ternyata pusat Bumi
bukan di Greenwich, malah Mekah
adalah pusat bumi yang sebenar! Siapa yang membuktikannya? Neil Amstrong,
angkasawan yang tersohor telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya
Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi!
Kaabah, rumah Allah
bagi lebih sejuta umat muslim yang berkunjung dan menjadi tetamu – tetamu
Allah, Sang Maha Pencipta. Kiblatnya arah bagi umat muslim dalam melaksanakan
solat, dari mana-mana negara semua ibadah solat menghadap ke kiblat yang satu ini. Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih
dahulu membicarakan perkara ini, manusia sebagai hamba Allah yang diberikan
akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang
terkandung di dalam ayat-ayat suci Al-Quran.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu
sebagai pusat bagi manusia.”
(Surah Ma’idah:
97)
Di
antara kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah, Pusat Bumi adalah..
Firman
Allah yang bermaksud:
“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam
bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah)
dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).”
(asy-Syura: 7)
Kata
“Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya,
menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah
berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang
cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah
sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain
serta keunggulan di atas semua kota.
Istilah
Ka’bah adalah bahasa al quran dari kata “ka’bu” yg bererti “mata kaki” atau
tempat kaki berputar bergerak untuk melangkah. Surah al-Maidah ayat 6 dalam Al-quran menjelaskan istilah itu
dengan “Ka’bain” yg bererti ‘dua mata
kaki’ dan Surah al-Maidah ayat 95-96 mengandungi istilah ‘ka’bah’ yang ertinya
nyata “mata bumi” atau “sumbu bumi” atau kutub pusingan utara bumi. Sebenarnya
di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah
yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik
rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.
Allah
berfirman lagi yang bermaksud :
“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi
(melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat
menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).”
(ar-Rahman: 33)
Kata
“aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia
mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter. Berdasarkan ayat
ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter
bumi (tujuh lapisan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu
bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.
Selain
itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah
berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang
membentuk bumi.
Nabi
Muhammad SAW bersabda maksudnya :
“Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy
, sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”
Berdasarkan
penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia),
maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. –
(Dipetik dari Era Muslim “Makkah
Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad
Daudah)
Menarik
bukan?Baik, kita kembali pada Neil
Amstrong dan fakta kajian saintifik.
Neil
Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat kepada planet Bumi.
Fakta ini juga telah diteliti melalui sebuah penelitian ilmiah. Sedangkan
Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan Kaabah
adalah pusat bumi ini. Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan
ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi
ternyata bertumpu di kawasan yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?”
Para
angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi,
secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari
kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik
penghapusan laman web tersebut. Setelah melakukan penelitian lebih lanjut,
ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal
daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini
terbukti ketika mereka mengambil gambar planet Marikh, radiasi tersebut masih
berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki
karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di
alam akhirat.
Di
tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu kawasan yang
bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di
kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali
kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub . Itulah sebabnya kenapa
jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat,
dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravity, dengan izin Allah
S.W.T. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan
diri kita dicas oleh suatu tenaga yang maha takjub yang menyebabkan kita
bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan
secara ilmiah.
Prof.
Hussain Kamel menemukan suatu fakta mengejutkan bahawa Mekah adalah pusat bumi.
Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota
besar di dunia. Untuk tujuan ini, ia menarik garis-garis di atas peta, dan
sesudah itu ia mengamati dengan teliti kedudukan ketujuh benua terhadap Mekah
dan jarak masing-masing. Ia mula untuk menggambarkan garis-garis sejajar hanya
untuk memudahkan unjuran garis bujur dan
garis lintang . Ia kagum dengan apa yang ditemukan, bahawa Mekah merupakan
pusat bumi atau dunia. (Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos, 1978).
Kemudian
lagi, peristiwa yang berlaku setiap tahun iaitu fenomena Istiwa Matahari di Atas Kaabah
Gambar-gambar
Satelit, yang muncul kemudian pada tahun 90-an, menekankan hasil yang sama
ketika kajian-kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan
bumi dan geografi waktu daratan itu diciptakan. Telah menjadi teori yang mapan
secara ilmiah bahawa lapisan-lapisan bumi terbentuk selama usia geologi yang
panjang, bergerak secara teratur di sekitar tanah Arab. Lapisan ini terus
menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke Makkah. Kajian ilmiah ini
dilaksanakan untuk tujuan yang berbeza, bukan dimaksud untuk membuktikan bahwa
Makkah adalah pusat dari bumi. Bagaimanapun, kajian ini diterbitkan di dalam
banyak majalah sains di Barat.
Allah
berfirman di dalam al-Quran al-Karim sebagai berikut:
‘Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam
bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah)
dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya ..’ (Asy-Syura: 7)
Kata
‘Ummul Qura’ berarti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya
menunjukkan Makkah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah
berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai erti yang
penting di dalam kultur Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari
keturunan, maka Makkah juga merupakan sumber dari semua negeri lain,
sebagaimana dijelaskan pada awal kajian ini. Selain itu, kata ‘ibu’ memberi
Makkah keunggulan di atas semua kota lain.
Mekah
atau Greenwich? Persoalan ini pasti
bermain bagi orang yang tidak tahu akan kebenaran. Namun, bagi orang yang
mengkaji dan menelaah, mereka dengan tanpa keraguan menyatakan Mekah adalah
pusat Bumi.
Berdasarkan
pertimbangan yang saksama bahwa Mekah berada tengah-tengah bumi sebagaimana
yang dikuatkan oleh kajian-kajian dan gambar-gambar geologi yang dihasilkan
satelit, maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Makkah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan
rujukan waktu dunia. Hal ini akan mengakhiri kontroversi lama yang bermula
empat dekad yang lalu. Ada banyak perbalahan ilmiah untuk membuktikan bahawa
Mekah merupakan wilayah kosong bujur sangkar yang melalui kota suci tersebut,
dan ia tidak melewati Greenwich di
Britain. GMT dipaksakan pada dunia ketika majoriti negeri di dunia berada di
bawah jajahan Inggeris. Jika waktu Mekah yang diterapkan, maka mudah bagi
setiap orang untuk mengetahui waktu solat.
Mekah
adalah pusat dari lapisan-lapisan langit
Selain
itu ada hadis yang mengatakan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat Ka’bah
berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh bumi (maksudnya
tujuh lapisan yang membentuk bumi). Ada beberapa ayat dan hadits nabawi yang
menyiratkan fakta ini. Allah berfirman,
‘Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup
menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat
menembusnya melainkan dengan kekuatan.’
(Ar-Rahman: 33)
Kata
aqthar adalah bentuk jamak dari kata ‘qutr’ yang bererti dia, dan ia merujuk
pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter. Dari ayat ini dan dari
beberapa hadis dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di
atas diameter bumi (tujuh lapisan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah
bumi, maka itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah
lapisan-lapisan langit.
Penelitian
lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan
juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga
buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan
bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.
“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya
lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya
hitam.”
(Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)
“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada
suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.”
(HR. Thabrani)
Wallahua’lam.





