Sunday, March 17, 2013

London : Mecca in the City


“Apabila telah datang pertolongan Allah” terhadap kepada agama-Nya yang benar itu, dan kian lama kian terbuka mata manusia akan kebenarannya: “Dan kemenangan.” iaitu telah terbuka negeri Mekah yang selama ini tertutup. Dan menang Nabi S.A.W ketika memasuki kota itu bersama 10,000 tentara Muslimin, sehingga penduduknya takluki, tidak dapat melawan lagi. Kedaulatan berhala yang selama ini mereka (orang kafir) pertahankan dengan sebab masuknya tentara Islam itu, dengan sendirinya telah runtuh. Berhala-berhala itu telah dipecahi dan dihancurkan. Kaabah dan sekelilingnya telah bersih daripada berhala. Dan yang berkuasa ialah Islam: “Dan engkau lihat manusia masuk ke dalam Agama Allah dalam keadaan berbondong-bondong” [Tafsir Surah Al-Ashr ayat 1 – 2]

Demikian maksudnya bahawa manusia datang berduyun-duyun, berbondong-bondong dari seluruh penjuru, dari berbagai persukuan dan kabilah. Mereka datang menghadap Nabi S.A.W menyatakan diri mereka mulai saat itu mengakui agama Islam, mengucapkan bahawa sememangnya : “Tidak ada Tuhan, melainkan Allah, Muhammad adalah Rasul Allah.” Dengan demikian bertukar keadaan agama yang dahulu berjalan dengan sempit, menghadapi berbagai rintangan dan sikap permusuhan, sejak kemenangan (Islam) menakluk Mekah maka berbondong-bondong manusia datang menyatakan diri menjadi penganutnya.

Hari ini kita melihat betapa Surah ini benar, kalam Allah yang agung ni tulen dan sahih, berita-berita daripada kitab suci ini sangat tepat, apabila berbondong-bondong umat akhir zaman di Timur, Barat, Utara malah dari segenap penjuru mula menundukkan diri, mengenal agama yang sempurna, satu-satunya yakni ISLAM. Jika di dunia Melayu, Islam adalah sebati secara literal walaupun bukan dari segi perlaksanaanya, tiada yang pelik apabila manusia di alam Melayu berbicara soal Islam. Namun, mutakhir ini kita dikhabarkan dengan jumlah umat Islam di Barat mulai meningkat secara mendadak, terutama di bandar-bandar besar yang terkenal, antaranya adalah London.


Sehinggakan laporan daripada akhbar harian online terkemuka di London ‘The Daily Mail’ melaporkan Mekah sudah berada di tengah kota London, kerana umat Islam melaksanakan Solat Jumat di sebuah jalan di London akibat masjid sudah tidak dapat menampung jumlah jemaah mereka. Muslim di sana menjalankan ibadah wajib ini di celahan-celahan pencakar langit di wilayah London Square Mile, terlihat ratusan muslim dengan khusuk sujud menghadap ke Kiblat yang satu.

Secara tepatnya di Masjid Brune Street, di Spitalfields ratusan muslim berkumpul untuk berjemaah menjalankan Solat Jumaat. Di wilayah ini memang terdapat komuniti Asia Selatan dan muslim yang lain bersama-sama beribadah, tampak disamping mereka beberapa kenderaan mewah seperti kereta Bentley. Kapasiti masjid hanya mampu menampung 100 jemaah tidak lagi mampu menampung kehadiran 300 jemaah Solat berjemaah. Salah seorang jemaah yang diwawancara media mengatakan beberapa tahun terakhir ini komuniti muslim di Barat meningkat adalah cukup signifikan.


Hal ini menunjukkan Islam telah mula tersebar dengan pesatnya di Barat, walaupun media massa di seluruh dunia tanpa henti memburukkan nama Islam dan muslim secara terang-terangan malah menyamakan Islam dengan pengganas, pemberontak, dan sebagainya. Namun, janji Allah adalah pasti, Islam akan tertegak dan tersebar walau dengan penindasan yang dahsyat, pemulauan atau apa jua bentuk boikot yang melampau, tidak dapat tidak, Islam dengan bantuan Allah tersebar di segenap penjuru dunia ini kerana Islam adalah agama fitrah, maka setiap manusia yang normal dan berakal pasti menerima Islam. Allahu Akbar!

Wallahua’lam.